Tuesday, March 31, 2009

.....alahai peragut.....

KUALA TERENGGANU – Bagi ahli keluarganya, Nurul Fatimah Ali, 19, dikenali sebagai seorang gadis pendiam dan lemah-lembut.

Entah bagaimana, tiba-tiba anak bongsu daripada lima beradik itu menjadi terlalu berani mengejar dua lelaki dipercayai telah meragut beg tangannya di atas Jambatan Sultan Mahmud di sini petang kelmarin.

Nurul Fatimah yang ketika itu berada kira-kira 2 kilometer dari rumahnya di Pulau Ketam di sini, dikatakan berpatah balik ke arah jambatan lalu cuba menahan suspek.

Malangnya, keberanian tersebut membawa padah apabila motosikal yang ditunggang secara melawan arus di tengah kesibukan jambatan itu, terlanggar dua buah kereta.

Akibat kejadian pukul 5 petang itu, kerani di sebuah syarikat peminjam wang berlesen di Jalan Sultan Ismail itu, cedera parah di kepala dan muka.

Motosikal Yamaha Ego yang baru dibeli kira-kira dua bulan lalu, rosak teruk akibat kemalangan berkenaan.

Kosmo! difahamkan sehingga pukul 6 petang semalam, mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.


aku geram btol ngan org yg nak duit tp x nak berusaha...

harapkan ngan duit mencuri je...

yg jd mangsa,org2 yg x bersalah....

ciannya....

hm...smpai bila la nk jd cni....

No comments:

Post a Comment