Monday, March 30, 2009

.....26,224 dibuang kerja.....

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac lalu, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,674 orang adalah rakyat tempatan dan 6,651 warga asing diberhentikan kerja begitu saja, manakala selebihnya ditawarkan skim pemisahan sukarela (VSS).

Shamsuddin berkata, beliau menjangka lebih banyak pekerja akan hilang pekerjaan beberapa minggu akan datang sekiranya keadaan ekonomi semasa tidak segera diperbaiki.

Katanya, bajet mini yang diumumkan baru-baru ini juga tidak banyak memberi kesan terhadap syarikat atau memberi rangsangan segera kepada mereka bagi mengekalkan pekerja masing-masing.

“Selain pengurangan sumbangan sebanyak 0.5 peratus kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), tiada apa yang diperoleh daripada bajet itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pengurangan kadar sumbangan kepada tabung berkenaan boleh menyumbang kira-kira RM300 juta setahun kepada sektor pembuatan, namun ia tidak mencukupi kerana syarikat terjejas teruk akibat kejatuhan ekonomi kebelakangan ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar syarikat yang mengekalkan pekerja masing-masing diberi subsidi secara langsung, seperti yang dilaksanakan di negara jiran.

Shamsuddin berkata, majikan sedang berusaha sedaya upaya untuk tidak memberhentikan pekerja dan mengekalkan perniagaan masing-masing.

Mengenai cadangan bajet mini untuk menaikkan levi bagi pekerja asing, beliau berkata langkah itu tidak akan menghalang majikan daripada terus mengambil warga asing sebagai pekerja kerana rakyat tempatan tidak berminat bekerja dalam sektor tertentu.

Contohnya, kata beliau, dalam sektor pembuatan kaca, rakyat Malaysia tidak mahu bekerja sebagai pengendali acuan kerana ia memerlukan mereka bekerja dalam persekitaran yang amat panas dan lembab bagi tempoh yang panjang.

Melalui bajet mini itu, kerajaan bercadang meningkatkan sekali ganda kadar levi terhadap pekerja asing iaitu daripada RM1,600 kepada RM3,600 setahun.

Satu lagi cadangan ialah levi yang sebelum ini dibayar pekerja akan dibayar majikan.- Bernama

-harian metro,30/3/2009-

hm...risau lak aku bila dgr ramai yg nak kena buang kije...

apa la nsb org2 yg dibuang kije tu...

skrg ni....kerajaan kena lbh pntgkan tenaga kije dr malaysia sndr...

hrp2 perkara ni xberlarutan....

No comments:

Post a Comment