Najib angkat sumpah PM Jumaat
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi, Jumaat ini di Istana Negara, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sidek berkata Tuanku Mizan juga berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Najib bersama-sama menghadap Seri Paduka pukul 10 pagi esok untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.
Mohd Sidek berkata Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan itu semasa majlis menghadap oleh Abdullah sebelum mesyuarat jemaah Menteri pagi ini.
"Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," menurut kenyataan itu.
hm...nmpknya dpt pm baru ar kita....
wpon x sehebat tun mahathir....
hopefully he's going to do better....
pe2 pon...thanks pak lah...=)
jasamu dikenang...!!!!
No comments:
Post a Comment